Karenah tiga sekawan...
Seorang berjalan bagai burung hendak terbang,
mencari identiti di awang-awangan,
singgah di dahan mencari ketenangan.
Seorang meredah daratan dengan gelekan,
mewarna hidup dengan nyanyian,
siulan tawa keriangan.
Seorang lagi pencari kata,
penutur bahasa pendamai cerita,
twist bukan tariannya, namun kali ini begitu jalannya.
Si Buring, Si Gelek, dan Si Twist,
melangkah ke mamak dengan penuh aneh,
siapa terpandang pasti tersengeh,
betapa riangnya mereka,
kerana terlebih Gula...
Thursday, March 24, 2011
Monday, March 21, 2011
Nilai Cinta Teragung
Apalagi yang engkau mahu,
semua telah ku pertaruhkan,
demi mengapai cintamu
sehelai sepinggang daku ketinggalan.
Sebuah cerita penyesalan
kudus menerima hakikat
kekecewa tiada berkesudahan
penyitaan hidup segala berkat.
Apalagi yang engkau mahu,
butuh tubuhku di bunuhmu
sedikit nyawa tiada untukku
nilai kesetiaanmu rapuh.
Tersiat segala isi
hati bernanah bengkak berulat
busuk lebih
dari bangkai sebulan basi
berketurunan segala lalat.
Nafas bau seteruk kentut
ditelan ditahan berjam-jam
pelepasan maut
membawa seribu sabar terbuku
lalu hijau perjalananku terbantut
tiada beza celik mahupun pejam.
Moga di akhir kehidupan
aku bersyahadah
dengan dendam kesumat
dan sumpah pohon seluruh bala
atas darah keturunanmu
hingga bumi terbelah dari satu
agar mereka semua tahu
betapa aku pernah luhur gagah teguh menyintaimu
sehebat kemarahan kebencianku ini.
semua telah ku pertaruhkan,
demi mengapai cintamu
sehelai sepinggang daku ketinggalan.
Sebuah cerita penyesalan
kudus menerima hakikat
kekecewa tiada berkesudahan
penyitaan hidup segala berkat.
Apalagi yang engkau mahu,
butuh tubuhku di bunuhmu
sedikit nyawa tiada untukku
nilai kesetiaanmu rapuh.
Tersiat segala isi
hati bernanah bengkak berulat
busuk lebih
dari bangkai sebulan basi
berketurunan segala lalat.
Nafas bau seteruk kentut
ditelan ditahan berjam-jam
pelepasan maut
membawa seribu sabar terbuku
lalu hijau perjalananku terbantut
tiada beza celik mahupun pejam.
Moga di akhir kehidupan
aku bersyahadah
dengan dendam kesumat
dan sumpah pohon seluruh bala
atas darah keturunanmu
hingga bumi terbelah dari satu
agar mereka semua tahu
betapa aku pernah luhur gagah teguh menyintaimu
sehebat kemarahan kebencianku ini.
Pirates of Education
Treasure of ideas
buried deep between lines
yet stolen
highlighted and dragged
and pasted upon the hungry canvas.
Belong to someone
the hardship squeezing brain
claimed to somebody else.
No correlation combination
not make sense of the connecting sentences.
It's not yours!
Appreciation to the creations
masterpieces of the legends
for the flesh thoughts
powerful words
thus citation of the concerns
would be a polite way
to say thanks...
buried deep between lines
yet stolen
highlighted and dragged
and pasted upon the hungry canvas.
Belong to someone
the hardship squeezing brain
claimed to somebody else.
No correlation combination
not make sense of the connecting sentences.
It's not yours!
Appreciation to the creations
masterpieces of the legends
for the flesh thoughts
powerful words
thus citation of the concerns
would be a polite way
to say thanks...
Monday, March 14, 2011
Cold Sleep
Please turn off the air-cond.
I can't stand the cold
hold my breath, freeze my soul.
Lecture is saturating me,
Thus, the day dreaming begin
I'm just sleepy
the cold is killing me...
The pen slip out of my fingers
I can hardly see what am I writing
but seems I'm doing something
I can hardly read
I'm freezing...
2 tons eyes closing
fighting to stay awake
I can't remember when I slept
but I'm awake
and everyone looking at me
I can see, I wrote "thanks for the life"
and I'm looking at my self.
the other me is still sleeping...
I can't stand the cold
hold my breath, freeze my soul.
Lecture is saturating me,
Thus, the day dreaming begin
I'm just sleepy
the cold is killing me...
The pen slip out of my fingers
I can hardly see what am I writing
but seems I'm doing something
I can hardly read
I'm freezing...
2 tons eyes closing
fighting to stay awake
I can't remember when I slept
but I'm awake
and everyone looking at me
I can see, I wrote "thanks for the life"
and I'm looking at my self.
the other me is still sleeping...
Sunday, March 13, 2011
Kalau Sudah Malas
Aku mahu jalan,
tapi aku malas.
Aku mahu tidur,
tapi aku tak mengantuk.
Aku mahu makan,
tapi aku tak lapar.
Aku mahu mandi,
tapi aku sudah mandi.
Aku mahu sibuk,
tapi aku tak ada kerja.
Aku mahu kongsi masa,
tapi aku tak ada cerita.
Aku mahu berbelanja,
tapi aku tak ada duit.
Aku mahu menulis,
tapi aku tak ada kata.
Aku mahu melukis,
tapi aku tak ada idea.
Aku mahu berlari,
tapi aku malas...
Aku masih tak buat apa...
Aku masih kebingungan di sini
di ruang tamu duduk berjam-jam...
tapi aku malas.
Aku mahu tidur,
tapi aku tak mengantuk.
Aku mahu makan,
tapi aku tak lapar.
Aku mahu mandi,
tapi aku sudah mandi.
Aku mahu sibuk,
tapi aku tak ada kerja.
Aku mahu kongsi masa,
tapi aku tak ada cerita.
Aku mahu berbelanja,
tapi aku tak ada duit.
Aku mahu menulis,
tapi aku tak ada kata.
Aku mahu melukis,
tapi aku tak ada idea.
Aku mahu berlari,
tapi aku malas...
Aku masih tak buat apa...
Aku masih kebingungan di sini
di ruang tamu duduk berjam-jam...
Wednesday, March 9, 2011
Menjadi Aku
Aku mahu jadi burung
terbang bebas menjelajah udara
bersiul riang sepanjang masa.
Aku mahu jadi unta
segalanya serba bersahaja
penjimatan optimum tentunya
minum sedikit, puasa sepanjang masa.
Aku mahu jadi semut
semua peluang akan direbut
segala cabaran akan ku sahut...
Walau kecil,
Walau lemah,
bersatu kami kuat.
Segenggam lidi takkan patah.
Aku mahu jadi bunga
kembang mekar sepanjang masa
cantik menarik segala kumbang
haruman terhidu indah dipandang.
Namun aku seekor kutu
parasit hina di rambutmu
menumpang tinggal di si kepala batu
kelemumur makananku
Sepanjang umurku,
Aku benci Gatsby mu itu,
menyentuh makanan ku tak lalu,
lemak musuh ku
kerna aku dalam proses pengurusan.
Aku benci syampu Rejoicemu,
habis rumahku dihurung banjir,
lemas si anak, marah si bapa.
Aku benci Sikat rambutmu,
menyapu hilang segala keturunanku.
Aku benci aku,
tiada kebebasan,
tiada siulan keriangan,
tiada kesenangan,
tiap masa berlari mencari perlindungan.
terbang bebas menjelajah udara
bersiul riang sepanjang masa.
Aku mahu jadi unta
segalanya serba bersahaja
penjimatan optimum tentunya
minum sedikit, puasa sepanjang masa.
Aku mahu jadi semut
semua peluang akan direbut
segala cabaran akan ku sahut...
Walau kecil,
Walau lemah,
bersatu kami kuat.
Segenggam lidi takkan patah.
Aku mahu jadi bunga
kembang mekar sepanjang masa
cantik menarik segala kumbang
haruman terhidu indah dipandang.
Namun aku seekor kutu
parasit hina di rambutmu
menumpang tinggal di si kepala batu
kelemumur makananku
Sepanjang umurku,
Aku benci Gatsby mu itu,
menyentuh makanan ku tak lalu,
lemak musuh ku
kerna aku dalam proses pengurusan.
Aku benci syampu Rejoicemu,
habis rumahku dihurung banjir,
lemas si anak, marah si bapa.
Aku benci Sikat rambutmu,
menyapu hilang segala keturunanku.
Aku benci aku,
tiada kebebasan,
tiada siulan keriangan,
tiada kesenangan,
tiap masa berlari mencari perlindungan.
Friday, March 4, 2011
Lena Dalam Mimpi
Kematian bukan pintaku,
Segala yang hidup
pasti bertemu noktah terakhir,
Kerana ajal maut itu satu ketetapan
untuk semua yang hidup...
Kematian bukan pintaku,
Namun lena membawa satu hikayat kesenangan,
Tiada lagi fikiran
Tiada Masalah mahupun pekerjaan...
Kematian bukan pintaku,
Bila suatu masa rehat berpanjangan
bahagia nikmat kesegaran
dan bangkit semula
dengan semangat kehidupan...
Kematian bukan pintaku,
Kerana aku
masih mahu berjalan di alam maya ini,
Meniti hari-hari yang berlalu dengan tabah,
Aku cuma mahu rehat seketika
dalam ketidaksedaran dunia,
Aku cuma mahu tidur
dan esok bangun semula... Namun tidak... aku terus lena...
Segala yang hidup
pasti bertemu noktah terakhir,
Kerana ajal maut itu satu ketetapan
untuk semua yang hidup...
Kematian bukan pintaku,
Namun lena membawa satu hikayat kesenangan,
Tiada lagi fikiran
Tiada Masalah mahupun pekerjaan...
Kematian bukan pintaku,
Bila suatu masa rehat berpanjangan
bahagia nikmat kesegaran
dan bangkit semula
dengan semangat kehidupan...
Kematian bukan pintaku,
Kerana aku
masih mahu berjalan di alam maya ini,
Meniti hari-hari yang berlalu dengan tabah,
Aku cuma mahu rehat seketika
dalam ketidaksedaran dunia,
Aku cuma mahu tidur
dan esok bangun semula... Namun tidak... aku terus lena...
Tuesday, March 1, 2011
Nostalgia
Cerita sebuah kenangan semalam
tidak bertaut lagi,
Impian dan harapan
tidak mungkin akan kembali,
Bukan sakit,
Bukan perit,
Cuma hatiku sudah berganti.
Kisah yang lalu tinggal memori,
Tidak diungkir sebuah janji,
Perjalanan harus diteruskan.
Peranan hidup
seorang insan penuh dugaan,
Musafir mencari destinasi,
Penyair mencari puisi,
Penyajak mencari intonasi,
Pendakwah mencari pedoman,
Pencinta mencari idaman.
Satu dalam seribu,
sayang bertemu aku,
Kasih bertaut menjadi satu,
Kisah kita
dipahat di singgahsana raja...
Doakan bahagia,
kuharap kau begitu juga...
tidak bertaut lagi,
Impian dan harapan
tidak mungkin akan kembali,
Bukan sakit,
Bukan perit,
Cuma hatiku sudah berganti.
Kisah yang lalu tinggal memori,
Tidak diungkir sebuah janji,
Perjalanan harus diteruskan.
Peranan hidup
seorang insan penuh dugaan,
Musafir mencari destinasi,
Penyair mencari puisi,
Penyajak mencari intonasi,
Pendakwah mencari pedoman,
Pencinta mencari idaman.
Satu dalam seribu,
sayang bertemu aku,
Kasih bertaut menjadi satu,
Kisah kita
dipahat di singgahsana raja...
Doakan bahagia,
kuharap kau begitu juga...
Thursday, February 24, 2011
Cup cake
Just another normal, boring, and hot day...
three fellows walked away from cafe
to land somewhere in the TESL square.
Found someplace look booked with books and bags,
and tea, and half-eaten cup cake.
But no man guarding, no feature of belonging,
but need to sit.. just stay for a minute,
let the temp cool for a moment...
Females figure approaching,
excused in taking
their bags, their books, seemed not the foods.
Not the tea, nor the cup cake.
Might not belongs to them, He guessed...
Once he said to Him, whispering in loud
"I'm sory ye kak... Just eat a bit to taste the sweet...
I'm sory ye kak...
Can't stand just looking at your lovely yum yum cup cake"
But then she heard while taking
and smile with confusing look and said
"Oh... owh... ow.. kay.." with stunned tone,
with shocking intonation
and left saying "nevermind"... bring the tea along...
The other Boy questioning he,
"What are you doing, what are you thinking?"
with unguilty rhythm and child needed ice-cream face He answered,
"I didn't mean that for her. It was a joke for Him.
I don't know she heard that or it was hers"...
They left for class and the talk continue, bla bla bla...
and the innocent half-eaten cup cake was left there...
not taken...
three fellows walked away from cafe
to land somewhere in the TESL square.
Found someplace look booked with books and bags,
and tea, and half-eaten cup cake.
But no man guarding, no feature of belonging,
but need to sit.. just stay for a minute,
let the temp cool for a moment...
Females figure approaching,
excused in taking
their bags, their books, seemed not the foods.
Not the tea, nor the cup cake.
Might not belongs to them, He guessed...
Once he said to Him, whispering in loud
"I'm sory ye kak... Just eat a bit to taste the sweet...
I'm sory ye kak...
Can't stand just looking at your lovely yum yum cup cake"
But then she heard while taking
and smile with confusing look and said
"Oh... owh... ow.. kay.." with stunned tone,
with shocking intonation
and left saying "nevermind"... bring the tea along...
The other Boy questioning he,
"What are you doing, what are you thinking?"
with unguilty rhythm and child needed ice-cream face He answered,
"I didn't mean that for her. It was a joke for Him.
I don't know she heard that or it was hers"...
They left for class and the talk continue, bla bla bla...
and the innocent half-eaten cup cake was left there...
not taken...
Tuesday, February 22, 2011
Makan
Makan bukan kerja mudah,
Cari makan bukan senang,
Belanja makan bukan susah,
Dapat, makan sorang-sorang...
Semalam makan sayur kangkung,
Hari ni makan daun keladi,
Esok tak makan pegi mengangkung,
Lusa tak makan dan lupa mandi...
Eja makan senang saja,
M-A-K-A-N tu la dia,
Kawan di makan memang sengaja,
Siapa yang makan? Bkn saya...
Ini cerita seorang tua,
Hidupnya susah tiada siapa,
Berjudi menipulah kerjanya,
Siapa terjumpa lari darinya...
Cari makan bukan senang,
Belanja makan bukan susah,
Dapat, makan sorang-sorang...
Semalam makan sayur kangkung,
Hari ni makan daun keladi,
Esok tak makan pegi mengangkung,
Lusa tak makan dan lupa mandi...
Eja makan senang saja,
M-A-K-A-N tu la dia,
Kawan di makan memang sengaja,
Siapa yang makan? Bkn saya...
Ini cerita seorang tua,
Hidupnya susah tiada siapa,
Berjudi menipulah kerjanya,
Siapa terjumpa lari darinya...
Saturday, February 19, 2011
Yang penting Niat
Pendetik rasa
pencetus keinginan,
segalanya bermula dengan niat..
Perbuatan dengan rancangan,
permulaaan dengan pembukaan...
Niat sahaja,
Asal Niat benda baik,
percuma-percuma dapat pahala...
Niatlah yang baik banyak-banyak...
Niat nak sedekah,
jumpa pengemis tak sambut tadah...
Niat nak solat,
tangguh-tangguh terus tak sempat...
Niat nak puasa,
bangun tengahari cari belanga...
Niat nak taubat,
sampai waktunya masih dibuat...
Niat nak haji,
cukup duit kawen trus tak jadi pegi...
Niat nak bantu,
lama-lama tengok ja nak tolong tak tahu...
Tak buat tak apa...
Niat itu yang penting...
Niat bina jiwa
latih diri jadi insan berguna...
pencetus keinginan,
segalanya bermula dengan niat..
Perbuatan dengan rancangan,
permulaaan dengan pembukaan...
Niat sahaja,
Asal Niat benda baik,
percuma-percuma dapat pahala...
Niatlah yang baik banyak-banyak...
Niat nak sedekah,
jumpa pengemis tak sambut tadah...
Niat nak solat,
tangguh-tangguh terus tak sempat...
Niat nak puasa,
bangun tengahari cari belanga...
Niat nak taubat,
sampai waktunya masih dibuat...
Niat nak haji,
cukup duit kawen trus tak jadi pegi...
Niat nak bantu,
lama-lama tengok ja nak tolong tak tahu...
Tak buat tak apa...
Niat itu yang penting...
Niat bina jiwa
latih diri jadi insan berguna...
Labels:
bina jiwa,
kepentingan niat,
Niat baik,
pahala
Masih Mencari
Masih ku cari, di manakah si jantung hati?
Lama menanti, belum jua kutemui,
Pabila kewangan bukan lagi masalah,
tempat tinggal tersergam indah,
dan kereta, tunjuk aku bukan orang susah,
Aku tak senang, hidupku belum sempurna...
Biasa kumbang mengerumun bunga,
aku dicari mak janda dan dara,
kerna kesenanganku impian semua,
namun belum bertemu yang ku suka...
Dulu puya kasih, sayang paling dalam,
tapi habis disambar orang, bila ku geleng-geleng
kata tidak pada ikatan,
belum sedia, mana kesenangan..
Kini aku punya semua,
Namun tanpa sebuah "keluarga"...
Lama menanti, belum jua kutemui,
Pabila kewangan bukan lagi masalah,
tempat tinggal tersergam indah,
dan kereta, tunjuk aku bukan orang susah,
Aku tak senang, hidupku belum sempurna...
Biasa kumbang mengerumun bunga,
aku dicari mak janda dan dara,
kerna kesenanganku impian semua,
namun belum bertemu yang ku suka...
Dulu puya kasih, sayang paling dalam,
tapi habis disambar orang, bila ku geleng-geleng
kata tidak pada ikatan,
belum sedia, mana kesenangan..
Kini aku punya semua,
Namun tanpa sebuah "keluarga"...
Subscribe to:
Posts (Atom)