Wednesday, March 9, 2011

Menjadi Aku

Aku mahu jadi burung
terbang bebas menjelajah udara
bersiul riang sepanjang masa.

Aku mahu jadi unta
segalanya serba bersahaja
penjimatan optimum tentunya
minum sedikit, puasa sepanjang masa.

Aku mahu jadi semut
semua peluang akan direbut
segala cabaran akan ku sahut...
Walau kecil,
Walau lemah,
bersatu kami kuat.
Segenggam lidi takkan patah.

Aku mahu jadi bunga
kembang mekar sepanjang masa
cantik menarik segala kumbang
haruman terhidu indah dipandang.

Namun aku seekor kutu
parasit hina di rambutmu
menumpang tinggal di si kepala batu
kelemumur makananku

Sepanjang umurku,

Aku benci Gatsby mu itu,
menyentuh makanan ku tak lalu,
lemak musuh ku
kerna aku dalam proses pengurusan.

Aku benci syampu Rejoicemu,
habis rumahku dihurung banjir,
lemas si anak, marah si bapa.

Aku benci Sikat rambutmu,
menyapu hilang segala keturunanku.

Aku benci aku,
tiada kebebasan,
tiada siulan keriangan,
tiada kesenangan,
tiap masa berlari mencari perlindungan.

2 comments: