Sunday, March 13, 2011

Kalau Sudah Malas

Aku mahu jalan,
tapi aku malas.
Aku mahu tidur,
tapi aku tak mengantuk.
Aku mahu makan,
tapi aku tak lapar.
Aku mahu mandi,
tapi aku sudah mandi.
Aku mahu sibuk,
tapi aku tak ada kerja.
Aku mahu kongsi masa,
tapi aku tak ada cerita.
Aku mahu berbelanja,
tapi aku tak ada duit.
Aku mahu menulis,
tapi aku tak ada kata.
Aku mahu melukis,
tapi aku tak ada idea.
Aku mahu berlari,
tapi aku malas...

Aku masih tak buat apa...
Aku masih kebingungan di sini
di ruang tamu duduk berjam-jam...

No comments:

Post a Comment