Friday, March 4, 2011

Lena Dalam Mimpi

Kematian bukan pintaku,
Segala yang hidup
pasti bertemu noktah terakhir,
Kerana ajal maut itu satu ketetapan
untuk semua yang hidup...

Kematian bukan pintaku,
Namun lena membawa satu hikayat kesenangan,
Tiada lagi fikiran
Tiada Masalah mahupun pekerjaan...

Kematian bukan pintaku,
Bila suatu masa rehat berpanjangan
bahagia nikmat kesegaran
dan bangkit semula
dengan semangat kehidupan...

Kematian bukan pintaku,
Kerana aku
masih mahu berjalan di alam maya ini,
Meniti hari-hari yang berlalu dengan tabah,
Aku cuma mahu rehat seketika
dalam ketidaksedaran dunia,
Aku cuma mahu tidur
dan esok bangun semula... Namun tidak... aku terus lena...

1 comment:

  1. I feel a sort of dark vibe reading this...yet very humbling. T__T

    ReplyDelete