Thursday, March 24, 2011

Riang Tiga

Karenah tiga sekawan...

Seorang berjalan bagai burung hendak terbang,
mencari identiti di awang-awangan,
singgah di dahan mencari ketenangan.

Seorang meredah daratan dengan gelekan,
mewarna hidup dengan nyanyian,
siulan tawa keriangan.

Seorang lagi pencari kata,
penutur bahasa pendamai cerita,
twist bukan tariannya, namun kali ini begitu jalannya.

Si Buring, Si Gelek, dan Si Twist,
melangkah ke mamak dengan penuh aneh,
siapa terpandang pasti tersengeh,
betapa riangnya mereka,
kerana terlebih Gula...

Monday, March 21, 2011

Nilai Cinta Teragung

Apalagi yang engkau mahu,
semua telah ku pertaruhkan,
demi mengapai cintamu
sehelai sepinggang daku ketinggalan.

Sebuah cerita penyesalan
kudus menerima hakikat
kekecewa tiada berkesudahan
penyitaan hidup segala berkat.

Apalagi yang engkau mahu,
butuh tubuhku di bunuhmu
sedikit nyawa tiada untukku
nilai kesetiaanmu rapuh.

Tersiat segala isi
hati bernanah bengkak berulat
busuk lebih
dari bangkai sebulan basi
berketurunan segala lalat.

Nafas bau seteruk kentut
ditelan ditahan berjam-jam
pelepasan maut
membawa seribu sabar terbuku
lalu hijau perjalananku terbantut
tiada beza celik mahupun pejam.

Moga di akhir kehidupan
aku bersyahadah
dengan dendam kesumat
dan sumpah pohon seluruh bala
atas darah keturunanmu
hingga bumi terbelah dari satu
agar mereka semua tahu
betapa aku pernah luhur gagah teguh menyintaimu
sehebat kemarahan kebencianku ini.

Pirates of Education

Treasure of ideas
buried deep between lines
yet stolen
highlighted and dragged
and pasted upon the hungry canvas.

Belong to someone
the hardship squeezing brain
claimed to somebody else.
No correlation combination
not make sense of the connecting sentences.
It's not yours!

Appreciation to the creations
masterpieces of the legends
for the flesh thoughts
powerful words
thus citation of the concerns
would be a polite way
to say thanks...

Monday, March 14, 2011

Cold Sleep

Please turn off the air-cond.
I can't stand the cold
hold my breath, freeze my soul.

Lecture is saturating me,
Thus, the day dreaming begin
I'm just sleepy
the cold is killing me...

The pen slip out of my fingers
I can hardly see what am I writing
but seems I'm doing something
I can hardly read
I'm freezing...

2 tons eyes closing
fighting to stay awake

I can't remember when I slept
but I'm awake
and everyone looking at me

I can see, I wrote "thanks for the life"
and I'm looking at my self.
the other me is still sleeping...

Sunday, March 13, 2011

Kalau Sudah Malas

Aku mahu jalan,
tapi aku malas.
Aku mahu tidur,
tapi aku tak mengantuk.
Aku mahu makan,
tapi aku tak lapar.
Aku mahu mandi,
tapi aku sudah mandi.
Aku mahu sibuk,
tapi aku tak ada kerja.
Aku mahu kongsi masa,
tapi aku tak ada cerita.
Aku mahu berbelanja,
tapi aku tak ada duit.
Aku mahu menulis,
tapi aku tak ada kata.
Aku mahu melukis,
tapi aku tak ada idea.
Aku mahu berlari,
tapi aku malas...

Aku masih tak buat apa...
Aku masih kebingungan di sini
di ruang tamu duduk berjam-jam...

Wednesday, March 9, 2011

Menjadi Aku

Aku mahu jadi burung
terbang bebas menjelajah udara
bersiul riang sepanjang masa.

Aku mahu jadi unta
segalanya serba bersahaja
penjimatan optimum tentunya
minum sedikit, puasa sepanjang masa.

Aku mahu jadi semut
semua peluang akan direbut
segala cabaran akan ku sahut...
Walau kecil,
Walau lemah,
bersatu kami kuat.
Segenggam lidi takkan patah.

Aku mahu jadi bunga
kembang mekar sepanjang masa
cantik menarik segala kumbang
haruman terhidu indah dipandang.

Namun aku seekor kutu
parasit hina di rambutmu
menumpang tinggal di si kepala batu
kelemumur makananku

Sepanjang umurku,

Aku benci Gatsby mu itu,
menyentuh makanan ku tak lalu,
lemak musuh ku
kerna aku dalam proses pengurusan.

Aku benci syampu Rejoicemu,
habis rumahku dihurung banjir,
lemas si anak, marah si bapa.

Aku benci Sikat rambutmu,
menyapu hilang segala keturunanku.

Aku benci aku,
tiada kebebasan,
tiada siulan keriangan,
tiada kesenangan,
tiap masa berlari mencari perlindungan.

Friday, March 4, 2011

Lena Dalam Mimpi

Kematian bukan pintaku,
Segala yang hidup
pasti bertemu noktah terakhir,
Kerana ajal maut itu satu ketetapan
untuk semua yang hidup...

Kematian bukan pintaku,
Namun lena membawa satu hikayat kesenangan,
Tiada lagi fikiran
Tiada Masalah mahupun pekerjaan...

Kematian bukan pintaku,
Bila suatu masa rehat berpanjangan
bahagia nikmat kesegaran
dan bangkit semula
dengan semangat kehidupan...

Kematian bukan pintaku,
Kerana aku
masih mahu berjalan di alam maya ini,
Meniti hari-hari yang berlalu dengan tabah,
Aku cuma mahu rehat seketika
dalam ketidaksedaran dunia,
Aku cuma mahu tidur
dan esok bangun semula... Namun tidak... aku terus lena...

Tuesday, March 1, 2011

Nostalgia

Cerita sebuah kenangan semalam
tidak bertaut lagi,
Impian dan harapan
tidak mungkin akan kembali,
Bukan sakit,
Bukan perit,
Cuma hatiku sudah berganti.

Kisah yang lalu tinggal memori,
Tidak diungkir sebuah janji,
Perjalanan harus diteruskan.

Peranan hidup
seorang insan penuh dugaan,
Musafir mencari destinasi,
Penyair mencari puisi,
Penyajak mencari intonasi,
Pendakwah mencari pedoman,
Pencinta mencari idaman.

Satu dalam seribu,
sayang bertemu aku,
Kasih bertaut menjadi satu,
Kisah kita
dipahat di singgahsana raja...
Doakan bahagia,
kuharap kau begitu juga...